Tuesday, May 22, 2018

KEPERLUAN PEMBENTANGAN PGB PRIme


KEPERLUAN PEMBENTANGAN
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PGB PRIme

1.      Pengumpulan Bahan Pembentangan daripada pembentang

Bil
Bahan
1.
Penulisan penuh 5 muka surat perkongsian amalan terbaik
2
Abstrak  perkongsian amalan terbaik
3
Slaid pembentangan
4
Profil pembentang
5
Gambar passport pembentang
*** Sila rujuk cadangan format penulisan dan cv pembentangan






  1.        GAMBAR
     
    Profil Pembentang










Bidang Fokus
(salah satu daripada 9 bidang SKKSM)

Tajuk Pembentangan

Nama

Latar belakang akademik

Jawatan sekarang

Sejarah perkhidmatan

Sumbangan

Kejayaan yang dicapai sepanjang dilantik sebagai PGB




CADANGAN FORMAT PENULISAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK


Kandungan
·         Abstrak
(dalam 1 perenggan tidak melebihi 200 patah perkataan)

·         Pengenalan
(di bahagian perenggan terakhir, perlu dinyatakan objektif atau fokus kertas pembentangan)
·         Latar Belakang Sekolah

·         Inovasi/Amalan Terbaik
Apakah inovasi/amalan terbaik yang dibuat
Apakah rasional di sebalik inovasi/amalan terbaik tersebut
Strategi pelaksanaan
Tempoh/masa pelaksanaan
Cabaran/kaedah penyelesaian
Hasil – gambar-gambar tidak lebih daripada 3 keping
·         Impak
Impak kepada kemenjadian murid/kpi organisasi
Potensi untuk menjadi amalan/budaya
·         Cadangan penambahbaikan
·         Penutup/Kesimpulan
·         Rujukan
(Gunakan APA)

CATATAN: 
Institut Aminuddin Baki berhak membuat penyuntingan dan menerbitkan   kertas kerja pembentangan.



PENGAGIHAN MASA UNTUK PEMBENTANGAN

KANDUNGAN/  TEKS KERTAS KERJA
MASA
Pengenalan
·         Nama
·         Jawatan
·         Pengalaman
·         Kejayaan
·         Profil Sekolah

5 minit
Inovasi atau amalan terbaik berkaitan Kepimpinan Instruksional
·         Apakah inovasi/amalan terbaik yang dibuat
·         Apakah rasional di sebalik inovasi/amalan terbaik tersebut
·         Tempoh/masa pelaksanaan
·         Strategi pelaksanaan
·         Cabaran/kaedah penyelesaian
·         Hasil – gambar-gambar

20-25 minit
Impak dan Cadangan
·         Kejayaan dicapai
·         Cadangan untuk penambahbaikan
Rumusan


PEMARKAHAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

BIL
ITEM/PERKARA
SUB ITEM
WAJARAN SKOR
1
PROGRAM /AKTIVITI AMALAN TERBAIK
1.Perancangan
*Analisa
*Strategi/TOWS
*Pemilihan strategi
*Pelan intervensi

2. Strategi pelaksanaan
3. Cabaran

50%
2
IMPAK
1.Keberkesanan Program/aktiviti
2.Cadangan penambahbaikan
3.Rumusan/kesimpulan

30%
3
PERSEMBAHAN
1.Data
2.Cara/kaedah
3.Gaya/keyakinan

10%
4
BAHAN BUKTI
1.Hard copy & soft copy
2.Slide pembentangan
3.eProsiding

10%


JUMLAH
100%



PANDUAN PENYUNTINGAN KERTAS KERJA

1.      Tajuk kertas pembentangan
·                     HURUF BESAR, ARIAL 12,  BOLD, CENTER

2.      Nama Pembentang
·                     ARIAL 12, CENTER
·                     HURUF BESAR pada huruf pertama sahaja (Capitalize Each Word)
·                     Masukkan alamat emel di bawah nama, diikuti dengan jawatan dan nama  
            organisasi

3.      Abstrak
·                     Perkataan ABSTRAK - HURUF BESAR, CENTER, BOLD
·                     Abstrak itu sendiri – cetak Italic, tidak melebihi 200 perkataan dan ditulis dalam    
            satu perenggan
·                     Pastikan ada sekurang-kurangnya tiga (3) kata kunci di bawah Abstrak tersebut

4.      Kata kunci
·                     Perkataan Kata kunci – BOLD
·                     Senarai kata kunci – Italic sahaja

5.      Subtajuk
·                     HURUF BESAR, BOLD, Arial 11

6.      Teks dalam kertas kerja
·                     Arial 11
·                     Perenggan pertama selepas subtajuk – sebaris dengan subtajuk tersebut
·                     Perenggan kedua dan seterusnya – indented sebanyak 0.5 unit (dimasukkan
            sedikit)

7.      Format Jadual
Lihat contoh:  Jadual 1
Bilangan peserta mengikut jantina
___________________________________________
                                                Bil.                  Peratus
___________________________________________
Lelaki                                      60                    30
Perempuan                              140                  70
Jumlah                                     200                  100
___________________________________________

8.      Format Rajah
Lihat contoh:  Rajah 1 : Perbandingan pencapaian pelajar……(Graf)











9.      Rujukan
·                     Perkataan RUJUKAN – HURUF BESAR, BOLD, CENTER
·                     Sila rujuk Panduan Rujukan Format APA 6th edition



AKTIVITI JARINGAN/JALINAN

PENGENALAN

1. Aktiviti bimbingan secara kelompok ini telah dirancang dan dilaksanakan mengikut kluster.
2. Setiap kluster terdiri daripada 5 buah sekolah menengah yang latar belakangnya hampir sama dan berada dalam jarak yang berhampiran antara satu dengan yang lain.
3. Bimbingan ini lebih berbentuk kolaboratif dan diharapkan kepakaran /kemahiran yang ada di sekolah tersebut akan dikongsi dalam kluster masing-masing.
4. Pertemuan sebegini juga diharapkan akan membuka ruang untuk program jalinan/jaringan antara sekolah dll peluang yang ada.


LAPORAN AKTIVITI JALINAN / JARINGAN
SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN
AKTIVITI PROFESSIONAL  LEARNING COMMUNITY (PLC) : BENGKEL RPH

1.    TARIKH
1.1 FASA 1 :  18 JANUARI 2018 (Khamis)
1.2 FASA 2:   23 JANUARI 2018  (Selasa)

2.    MASA

FASA 1 DAN 2 : 2.30 – 5.00 PETANG

3.    TEMPAT:  
Fasa 1  
Kluster A : SMK Dato Shahardin
Kluster B : SMK Seri Ampangan
Kluster C : SMK Seremban 3
Kluster D : SMK Mambau

Fasa 2
Kluster A : SMK Dato Klana Putra
Kluster B : SMK Panchor
Kluster C : SMK Methodist ACS
Kluster D : SMK Seremban Jaya

4.    PENYERTAAN : rujuk lampiran kehadiran.

5.    TAJUK : Bengkel Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

6.    OBJEKTIF
6.1 Memantapkan penskoran Standard 4.1.1 dalam kalangan pencerap.
6.2 Merapatkan jurang penskoran antara pencerap-pencerap di sekolah dan antara pencerap sekolah dengan JNJK/pemantau luar.
6.3 Mengenalpasti tahap tindakan dan tahap kualiti yang perlu ada dalam RPH berkesan.
6.4 Menghasilkan dan mengumpul koleksi RPH berkesan untuk kegunaan sendiri serta dikongsi dengan sekolah lain.
6.5 Meningkatkan skor Standard 4.1.1 guru dalam pencerapan PdPc

7.    STRATEGI
7.1 Menjalankan pemantauan/bimbingan secara holistik dan sistematik
7.2 Bimbingan proses coaching dan mentoring merentas sekolah kepada pemimpin pertengahan.            
7.3 Memantapkan budaya pelaksanaan PLC dalam panitia dan antara sekolah-  sekolah dalam kluster yang sama.
7.4 Menyemarakkan suasana bekerja secara kolaboratif dalam kluster
7.5 Membina hubungan baik, jaringan/jalinan antara sekolah dalam kluster yang sama.




8.    AKTIVITI JARINGAN/JALINAN

BIL
KETERANGAN
8.1
Fasa 1 :Pengisian dan taklimat tentang kurikulum dan ciri RPH berkesan berpandukan tahap tindakan dan tahap kualiti Standard 4.1.1 SKPMg2

8.2
Perbengkelan peringkat sekolah dan berkongsi contoh-contoh RPH untuk digunakan dalam bengkel Fasa 2. 

8.3
Fasa 2 :Perbengkelan membuat penskoran menggunakan intrumen Standard 4.1.1 SKPMg2 untuk RPH terpilih.  Pembentangan, perbincangan dan bertukar pendapat berkaitan justifikasi skor yang diberi

8.4
Taklimat tentang kurikulum dan ciri RPH berkesan berpandukan tahap tindakan dan tahap kualiti Standard 4.1.1 SKPMg2 dijalankan oleh pemimpin pertengahan  di sekolah masing-masing.

8.5
Perbengkelan pembinaan RPH dalam panitia / bidang di sekolah masing-masing dan menghantar sekurang-kurangnya 2 RPH terbaik untuk dijadikan koleksi daerah.

8.6
Koleksi RPH berkesan dikongsikan untuk dimanfaatkan bersama oleh sekolah-sekolah menengah Daerah Seremban.


9.    KESIMPULAN

u  Melalui pendekatan ini, kepimpinan pertengahan secara kolaboratif berusaha memahami kriteria Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid dan boleh membimbing guru di sekolah masing-masing.
u  Aktiviti yang melibatkan perjumpaan dan perbincangan kumpulan mampu memupuk percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti individu dalam proses memahami kriteria RPH berkesan.
u  Amalan kolaboratif ini memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru.
u  Keberkesanan bengkel bergantung kepada penglibatan guru secara sepenuhnya, RPH yang berkesan boleh dihasilkan, dibuat koleksi diperingkat sekolah dan dikongsikan dengan sekolah-sekolah lain di daerah Seremban.
u  Pemantapan komuniti pembelajaran profesional (PLC) dalam kalangan pendidik dilihat sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Hal ini selaras dengan trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju.


LAPORAN AKTIVITI JALINAN / JARINGAN
SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN
AKTIVITI PROFESSIONAL  LEARNING COMMUNITY (PLC) : LEARNING WALKS

1.    TARIKH
1.1 FASA 1:  22 FEBRUARI 2018 (Khamis)
1.2 FASA 2: 26 FEBRUARI – 1 MAC 2018 (Isnin – Khamis)

2.    MASA
2.1 FASA 1: 2.30 – 5.00 PETANG
2.2 FASA 2: 8.00 PAGI – 3.00 PETANG

3.    TEMPAT: 
3.1 FASA 1          :
Kluster A dan B : SMK Panchor
Kluster C dan D : SMK Mambau

3.2 FASA 2
Kluster A : SMK Mantin
Kluster B : SMK Senawang 3
Kluster C : SMK Senawang
Kluster D : SMK Dato Shamsudin Nain

4.    PENYERTAAN : rujuk lampiran kehadiran.

5.    TAJUK : Bengkel Pengoperasian PdP guru: Learning walks

6.    OBJEKTIF
6.1  Memantapkan peranan pemimpin pertengahan di sekolah dalam merancang, melaksana dan menilai keberkesanan Learning walks.
6.2  Memantapkan peranan pemimpin pertengahan sebagai mentor dan coach PdPc kepada guru-guru di sekolah sendiri dan guru dari sekolah kluster yang sama.
6.3  Membudayakan kerja secara kolaboratif
6.4  Merapatkan jurang penskoran Standard 4 dalam kalangan pencerap di sekolah kluster yang sama.
6.5  Merapatkan jurang skor Standard 4 antara pencerap di sekolah dan dengan JNJK atau pemantau dari luar.
6.6  Meningkatkan kualiti PdPc guru

7.    STRATEGI
7.1 Menjalankan pemantauan/bimbingan secara holistik dan sistematik.
7.2 Bimbingan coaching dan mentoring dari pemimpin pertengahan melibatkan aktiviti merentas sekolah.         
7.3 Memantapkan budaya pelaksanaan PLC dalam panitia di sekolah dan antara sekolah-  sekolah dalam kluster yang sama.
7.4 Menyemarakkan suasana bekerja secara kolaboratif dalam kluster
7.5 Membina hubungan baik,  jaringan/jalinan antara sekolah dalam kluster yang sama.




8.    AKTIVITI JARINGAN/JALINAN

BIL
KETERANGAN
8.1
Perbincangan dan persetujuan bersama antara 5 buah sekolah dicapai berkaitan kaedah pelaksanaan Learning walks

8.2
Pada hari pelaksanaan Learning walks setiap sekolah menghantar 2 orang peserta ke lokasi aktiviti yang dipilih.

8.3
Taklimat ringkas dikendalikan oleh urusetia dan sekolah tuan rumah berkaitan perjalanan aktiviti.

8.4
Semua peserta dari sekolah yang berbeza membuat pemerhatian PdPc guru secara berkumpulan ke bilik darjah yang dijadualkan.  ( PdPc guru adalah mengikut kualiti RPH yang telah dibengkelkan sebelum ini.)

8.5
Perbincangan dan bertukar pandangan tentang aspek-aspek yang diperhatikan

8.6
Perbincangan dan bertukar pandangan dalam penentuan skor setiap aspek yang diperhatikan

8.7
Membuat kesimpulan secara kumpulan berkaitan kekuatan, kekurangan dan kaedah penambahbaikan dalam PdPc guru

8.8
Membuat kesimpulan secara kumpulan berkaitan kekuatan, kekurangan dan kaedah penambahbaikan dalam perancangan dan pelaksanaan Learning walks.


9.    KESIMPULAN

PLC adalah aktiviti yang memberi fokus kepada keberkesanan murid belajar, aktiviti kolaboratif dan pencapaian murid.  Budaya PLC masih belum mantap di sekolah-sekolah, maka aktiviti mengadakan PLC dalam kelompok sekolah tertentu seperti yang dirancang diharapkan menjadi pemangkin kepada budaya kerja berpasukan ini. 

Jaringan/jalinan yang dibina  diharapkan dapat membuka ruang dan peluang kepada pemimpin pertengahan sekolah-sekolah dalam kluster ini melihat dan berkongsi amalan terbaik yang berlaku di sekolah masing-masing.  Ini meransang hubungan baik dan semangat kerjasama disamping memungkinkan perkongsian kepakaran berlaku antara sekolah.

Dapatan Kajian
§  Rosenholtz (1989) - membuat kajian di 78 buah sekolah dan mendapati bahawa peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara kolektif dan bukan secara individu.
§  Little & McLaughlin (1993) - melaporkan bahawa sekolah dan panitia yang paling berkesan ialah sekolah yang melaksanakan komuniti pembelajaran yang mantap.
§   

Diharapkan impak program ini akan lebih besar jika aktiviti ini dilaksana dan dihayati sehingga ke peringkat akar umbi iaitu oleh guru-guru di sekolah.