PENGENALAN
1. Ada segelintir guru berandaian tugas mereka hanya mengajar dan aspek pengurusan bilik darjah terserah kepada Guru Tingkatan.
2. Tanggapan ini menyebabkan disiplin pelajar semasa PdP tidak dikawal dan suasana kelas yang kondusif tidak wujud. Jika ini berlaku maka pembelajaran kurang berkesan dan imej sekolah juga terjejas.
3. Masaalah ini kerap berlaku di dalam kelas pencapaian akademik sederhana hingga lemah. Jika tidak diatasi sudah pasti masaalah lain juga akan timbul.
4. Untuk itu satu garis panduan Pengurusan Kelas Semasa PdP ini boleh membantu kerana guru yang mengajar disemua kelas disarankan mengikutinya. Ini diterapkan supaya menjadi budaya sekolah.
5. Garis panduan ini ditaklimatkan kepada guru dan murid. Dari semasa ke semasa ingatkan mereka tentang hal ini.
6. Laungan slogan KAMI BERUSAHA, KAMI BERJAYA dipraktikkan di SMK Dato Abdul Samad Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, N. Sembilan untuk menaikkan motivasi dan yakin diri pelajar. Slogan itu diulang-ulang setiap kali perhimpunan pagi dan pertukaran waktu PdP. Tindakan ini membawa impak yang positif.
7. Namun begitu garis panduan ini ada yang perlu disesuaikan dengan PAK 21. Saya kongsikan sebagai arkib kerana senarai semak ini bermula dan saya bina semasa saya menjadi GPK 1 di SMK Datuk Mansur , Bahau dan Pengetua di SMK Pertang (Mei 2008 - Feb 2010). Garis panduan ini juga telah mengalami perubahan mengikut perkembangan semasa dan lokasi digunakan.
PENGURUSAN KELAS SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1987, penyeliaan PdP merangkumi 2
bidang iaitu bidang organisasi dan
bidang pengajaran dan pembelajaran. Berikut dicatatkan beberapa perkara yang
berkait rapat dengan kedua-dua bidang tersebut yang perlu diberi perhatian oleh
guru semasa mengajar di dalam kelas.
Bil
|
Perkara
|
Catatan
|
1
|
Merancang aktiviti PdP yang akan dijalankan dan menulis Buku Rekod Mengajar (BRM) selewat-lewatnya sehari sebelum. (Penyediaan RPH boleh dibincang dan dikongsi
bersama rakan sejawat. RPH terbaik
boleh dibuat koleksi dan difailkan mengikut Panitia)
|
|
2
|
Masuk ke kelas mengikut jadual, tepat masa dengan penampilan kemas,
imej ceria dan ikhlas menjalankan tugas. Berniatlah untuk mendidik pelajar
seperti mendidik ahli keluarga sendiri.
|
|
3
|
Memastikan semua pelajar berdiri dan mengucapkan selamat apabila guru
masuk. Pelajar beristighfar 3 kali, membaca Surah Al Fatihah dan doa. Laungan
slogan 3 kali. Contoh“’KAMI BERUSAHA, KAMI BERJAYA”
|
|
4
|
Kehadiran pelajar di dalam kelas disemak. Catat di dalam buku yang disediakan
terutamanya jika ada pelajar yang ponteng. Beri pujian kepada yang hadir.
|
|
5
|
Pastikan pakaian pelajar kemas, kelas bersih dan tersusun sebelum PdP
dijalankan. Jika tidak , minta pelajar
melakukannya segera. Beri penghargaan kepada pelajar berpenampilan kemas.
|
|
6
|
Pastikan pelajar sudah bersedia untuk belajar( Mengeluarkan buku/
alat tulis, duduk tegak, memandang ke arah guru dan senyap)
|
|
7
|
Nada suara guru: sesuai dan jelas didengar oleh pelajar. Elakkan bercakap semasa mencatat sesuatu di
papan tulis.
|
|
8
|
Memulakan PdP dengan set induksi yang sesuai dan menarik
|
|
9
|
Memberitahu pelajar objektif yang perlu dicapai. Paparkan disudut
atas papan tulis.
|
|
10
|
Menjalankan PdP mengikut urutan yang sesuai.
|
|
11
|
Menggunakan kaedah pedagogi yang pelbagai, menarik, berkesan dan
berpusatkan pelajar. ( PdP abad ke 21).
|
|
12
|
Tumpuan pelajar: pastikan tiada pelajar yang bercakap atau membuat
kerja lain ketika penerangan dibuat.
|
|
13
|
Pastikan catatan guru di papan tulis: kemas , mudah dibaca dan
tersusun
|
|
14
|
Kenali potensi pelajar dan sebaik mungkin hafal nama mereka.
|
|
15
|
Adil terhadap pelajar. Semua
diberi tumpuan dan layanan yang sama tanpa diskriminasi dan pilih kasih.
|
|
16
|
Menerapkan nilai-nilai murni dan beri pujian jika pelajar mempamerkan
perlakuan positif. Jika mampu sekali-sekala beri hadiah seperti pen, pensil
dll.
|
|
17
|
Sentiasa memberi motivasi
kepada pelajar.
|
|
18
|
Kesilapan atau salahlaku pelajar ditegur dengan penuh hikmah, spontan
dan membina. Jangan sekali-kali
mengeluarkan kata-kata kesat, menyindir atau menghina pelajar/keluarga
mereka.
|
|
19
|
Pelajar yang membuat salahlaku berulangkali semasa PdP perlu dirujuk
kepada kaunselor/unit disiplin.
|
|
20
|
Peka kepada perubahan/bahasa tubuh pelajar. Jika pelajar hilang tumpuan, berikan ruang
untuk “rehat 5 minit”. Guru boleh gunakan masa ini untuk memberi soalan teka-teki , cerita teladan , senaman
ringkas dll.
|
|
21
|
Beri taklimat yang jelas kepada pelajar sebelum sesuatu aktiviti
dijalankan termasuk langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.
|
|
22
|
Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai untuk membantu pelajar
memahami isi pelajaran dengan mudah.
|
|
23
|
Berikan pelajar aktiviti dan latihan yang sesuai dengan peruntukan
masa yang dimaklumkan.
|
|
24
|
Pantau pelajar melakukan aktiviti dan bukan duduk di meja guru
sahaja. Kawal kelas: jangan terlalu
bising.
|
|
25
|
Menggunakan teknik menyoal yang sesuai
|
|
-pelbagai: mengikut tahap pencapaian pelajar. Gunakan juga soalan
aras tinggi.
|
||
-tidak bertumpu kepada individu/kumpulan tertentu sahaja
|
||
-jelas dan mudah difahami.
|
||
-memberi masa yang sesuai untuk pelajar berfikir
|
||
-memberi komen yang sesuai dan membina untuk setiap jawapan pelajar.
|
||
26
|
Benarkan pelajar keluar atas urusan yang perlu. Pelajar perlu meminta kebenaran dengan
bertutur dalam bahasa Inggeris.
Pastikan pas keluar digunakan dalam tempoh masa yang dihadkan.
|
|
27
|
Pada hujung PdP rumuskan isi pengajaran selaras dengan objektif
|
|
28
|
Menilai/membuat refleksi sejauh mana objektif tercapai dan membuat
catatan di dalam BRM
|
|
29
|
Beri latihan sebagai kerja rumah untuk tujuan pemulihan, pengukuhan
dan pengayaan.
|
|
30
|
Memberitahu tajuk PdP akan datang dan meminta pelajar membuat
rujukan, penyediaan bahan dan lain-lain yang berkaitan.
|
|
31
|
Pemeriksaan latihan dan tugasan pelajar
|
|
-pemeriksaan dilakukan secara berkala dan dibuat secara teliti.
|
||
-kesilapan pelajar ditunjukkan.
|
||
-ada skema pemarkahan.
|
||
-memberi ulasan membina.
|
||
-memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik. Contoh: pamerkan di sudut matapelajaran
dalam kelas.
|
||
-tandatangan latihan pelajar dan catat tarikh diperiksa.
|
||
-hantar buku latihan/tugasan pelajar untuk semakan pentadbir mengikut
jadual yang ditetapkan.
|
||
-pastikan pelajar membuat pembetulan.
|
||
-minta penjaga menandatangani/menyemak buku anak mereka
sekurang-kurangnya sekali setiap semester.
|
||
32
|
Sebelum meninggalkan kelas pastikan
|
|
-tiada pelajar yang sengaja keluar kelas semasa pertukaran guru
|
||
-papan tulis dibersihkan.
|
||
-tiada sampah di atas lantai.
|
||
33
|
Guru yang mengajar pada waktu akhir , sebelum balik pastikan
|
|
-kelas bersih
|
||
-tong sampah dikosongkan
|
||
-susunan kerusi meja teratur, kerusi di masukkan ke bawah meja.
|
||
-suis lampu dan kipas ditutup.
|
||
34
|
Semua pelajar berdiri: membaca Surah Al ‘Asr dan doa, mengucap salam / terima kasih dan
bersalaman dengan guru ( beratur meninggalkan kelas untuk balik atau ke bilik
khas yang lain)
|
Disediakan oleh,
Normala
binti Abu Bakar (SIP+ PPD Seremban)
Digunakan di SMK Dato’ Abdul Samad, Tanjung Ipoh
(dengan sedikit pengubahsuaian)
No comments:
Post a Comment