PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK SEKOLAH.
Jika
prestasi sekolah kekal dengan tiada peningkatan yang ketara
satu post mortem keseluruhan dalam pengurusan kurikulum sekolah perlu di kaji semula.
Bil
|
Perkara/keterangan
|
Tindakan
|
1
|
Kurikulum Sekolah perlu di urus dengan betul dan ada standard yang perlu dicapai/garispanduan
yang perlu diikuti. Dasar Kurikulum Sekolah
perlu diwujud dan disebar luaskan
|
|
2
|
Jadual waktu: jadual waktu yang sesuai asas yang baik untuk capai kecemerlangan
akademik.
|
|
A)
Pastikan guru yang betul di
agih mengajar kelas yang sesuai (PGB perlu semak agihan)
|
||
B)
Jangan beri guru terlalu banyak
subjek dengan pelbagai aras, ini akan mengurangkan fokus.
|
||
C)
Jika dapat jangan beri guru
mengajar kelas yang jaraknya antara satu dengan lain sangat jauh
|
||
D)
Lihat jadual guru biarlah seimbang dan PGB menandatangani
jadual waktu mereka.
|
||
3
|
PdP: maju atau mundurnya negara pada masa akan datang terletak kepada apa yang berlaku di dalam bilik
darjah kita. Pentadbir dan guru perlu
beri fokus kpd aspek ini.
|
|
-pastikan PdP dijalankan mengikut standard yang kita kehendaki. (Rujuk Pengurusan Kelas
Semasa PdP)
|
||
-Pentadbir lakukan Learning Walk yang kerap.
|
||
-buat pencerapan berjadual.
|
||
-Beri maklumbalas bagi setiap pencerapan/pemantauan.
|
||
-Jadikan PLC sebagai satu budaya guru meningkatkan
kualiti.
|
||
4
|
Post mortem
dan analisis data.
|
|
-Export data mentah keputusan peperiksaan dari
sistem SAPS: nama dan markah pelajar
dari setiap kelas ke dalam excel.
-Dapatkan data keputusan setiap matapelajaran dan “sorting”
markah dari yang tinggi ke rendah.
Senarai pelajar mengikut tov dan gred target boleh diagih kpd guru
yang mengajar tingkatan/tahun tersebut. Contoh: Jika sekolah target 20 orang
dapat A, guru sudah tahu pelajar 20
teratas dalam senarai yg disorting tadi.
Dengan cara ini target sekolah akan selari dengan
target guru. Guru dengan mudah dapat membuat data head count.
|
||
-Analisis peperiksaan akhir tahun dibuat
perbandingan 3-5 tahun dan jadikan tahun dengan keputusan terbaik sebagai
penanda aras. Subjek yang kritikal dapat dikenalpasti dan tindakan
penambahbaikan perlu diambil.
|
||
-Analisis
pencapaian peperiksaan boleh
dipecah mengikut kelas dan meletakkan keputusan perbandingan 3 -5 tahun. Jika pencapaian jatuh, pentadbir akan dapat
mengenalpasti kelas.
|
||
-Untuk tujuan post mortem sekiranya subjek itu lebih
dari satu kertas minta guru membuat pecahan markah agar kertas mana yang
kurang dikuasai pelajar dapat dikenalpasti.
|
||
-Jika ada subjek yang sangat kritikal buat dialog
prestasi khas untuk subjek itu.
|
||
-Budayakan cikgu membuat analisis item agar
kelemahan pelajar dapat dikesan dan cara mengatasi lebih berfokus.
|
||
-Data keputusan peperiksaan ini dedahkan kepada guru
dalam mesyuarat dan maklumkan kepada pelajar kekuatan dan kelemahan
mereka. Nyatakan juga apa target
sekolah.
|
||
-Data ini dipaparkan pada papan kenyataan sekolah
atau bilik darjah.
|
||
5
|
Program Kelas
Peperiksaan
|
|
-Tubuhkan AJK dan aturkan mesyuarat.
|
||
-Buat penilaian keberkesanan program/aktiviti dan
kekalkan yang berimpak tinggi.
|
||
6
|
Program Kelas
bukan peperiksaan & aktiviti sokongan
|
|
-Dedahkan pelajar dengan Kemahiran Belajar pada
peringkat awal persekolahan. Tahap 2 untuk sek rendah dan tingkatan 1 untuk
sek men
|
||
-Jika ada kelas Peralihan jadikan pencapaian Bahasa
Melayu kelas tersebut antara fokus sekolah/panitia Bahasa Melayu.
|
||
-Dalam setiap post mortem semua matapelajaran guru
sudah mengenalpasti puncanya. Jadi
rancang PdP atau aktiviti untuk atasi masalah itu daripada peringkat awal
sebelum mereka berada dalam kelas peperiksaan. Minta panitia membincangkannya
dan ketua panitia melaporkan kepada pentadbiran hasil perbincangan.
|
||
-Gunakan aktiviti kokurikulum untuk memantapkan
prestasi akademik. Lihat perancangan persatuan tersebut untuk sepanjang
tahun.
|
||
-Sekolah perlu merancang aktiviti selepas
peperiksaan akhir tahun untuk membantu pencapaian akademik pelajar seperti
mengadakan pertandingan teka silang
kata, kuiz dll . (Tubuhkan AJK)
|
||
7
|
Peningkatan Motivasi pelajar: motivasi tinggi tidak dapat dibina melalui satu Ceramah
motivasi sahaja. Oleh itu motivasi perlu
dibuat berterusan
|
|
-Minta guru memotivasi pelajar 1-2 minit sebelum mulakan PdP dan sepanjang proses PdP
berlaku. Banyakkan memuji tingkah laku
positif pelajar.
|
||
-Buat motivasi mingguan 10-20 minit semasa perhimpunan pagi.
|
||
-PGB kerap turun ke kelas bertemu pelajar
|
||
-Pelajar menetapkan sasaran pencapaian dengan
membuat aku janji secara bertulis.
|
||
-Kempen memperbanyakkan Kata-kata Hikmat di dalam kelas dan persekitaran sekolah.
Jika ada masalah kewangan gunakan kertas A4, laminate.
|
||
-Perhimpunan menjadi medan menonjolkan pencapaian, kejayaan dan
sikap-sikap positif. Isu negatif tidak diberi tumpuan/terus kepada target
group.
|
||
-Bacaan Yaasin, tazkirah dan Solat Berjemaah dijalankan untuk meningkatkan aspek
kerohanian.
|
||
-Gambar pelajar target cemerlang di paparkan dalam bentuk banner
atau bunting. Boleh minta ibubapa
membiayainya : letakkan gambar keluarga.
|
||
-Paparkan gambar atau senarai bekas pelajar yang berjaya
ke sekolah berasrama penuh atau universiti.
|
||
-Pamerkan
profil bekas pelajar sekolah
yang berjaya dalam hidup dan kerjaya. Dapatkan bantuan PIBG atau Alumni.
|
||
-Target GPS peperiksaan awam sentiasa diingatkan dan
diulang-ulang kepada guru dan pelajar.
Paparkan di tempat yang sesuai.
Jadikan mereka yakin GPS tersebut boleh dicapai dengan usaha.
|
||
-Maklumkan juga keputusan peperiksaan awam
sekolah sekitar agar warga sekolah
dapat membuat perbandingan. Jika boleh
beritahu ranking sekolah kita dalam
daerah.
|
||
-Sentiasa pupuk cara berfikir, sikap dan tindakan
yang perlu bagi orang yang ingin
berjaya dalam kalangan warga sekolah semasa perhimpunan rasmi.
|
||
8
|
Suasana
Pembelajaran yang kondusif
|
|
-Pamerkan hasil kerja pelajar di dalam kelas dan
tempat yang strategik di sekolah.
|
||
-Wujudkan perpustakaan mini di dalam kelas. Guru atau pelajar boleh menyumbang atau
meminjamkan bahan-bahan bacaan.
|
||
-Susun kedudukan meja pelajar secara kumpulan agar memberi ruang kepada pelajar berkomunikasi,
berkolaborasi sesuai dengan kehendak PdP Abad ke 21.
|
||
-Letakkan info di tempat strategik seperti pada
papan kenyataan, dinding, laluan pejalan kaki, meja kantin, meja
perpustakaan, wakaf dll. (Tugas membuat boleh diagih kepada kelab/persatuan
semasa aktiviti kokurikulum)
|
||
-Gunakan maklumat
yang diletak dipersekitaran sekolah tadi dalam aktiviti kokurikulum
seperti Treasure Hunt/Kuiz untuk
memastikan maklumat digunakan dan dibaca.
|
||
-Hiaslah kelas dengan hiasan yang sesuai .
|
||
-Indahkan persekitaran sekolah dengan landskap
menarik : bunga, pokok dan tumbuhan herba.
Labelkan nama / nama saintifik
|
||
9
|
Pengiktirafan dalam akademik.
|
|
-Beri pengiktirafan yang pelbagai kepada pelajar
secara lebih kerap. Bukan menunggu
Hari Kualiti pada hujung tahun sahaja.
|
||
-Contoh: pengiktirafan kepada pelajar yang
menunjukkan kemajuan yang baik / mencapai target/lulus semua mata pelajaran:
bukan tertumpu kepada yang mendapat kedudukan 1 hingga 3 sahaja.
|
||
-Paparkan senarai pelajar/gambar yang berjaya diberi
pengiktirafan ini pada papan kenyataan khas di sekolah atau dalam bilik
darjah.
|
||
-Letak senarai pelajar di dalam kelas dan catatkan
bintang yang mereka perolehi kerana kecemerlangannya. (Boleh juga letak senarai pelajar
berdasarkan star rating dalam coco-star)
|
Di sediakan oleh
Normala binti Abu Bakar
Pegawai SiPartner+ PPD Seremban
Atas permintaan rakan PGB: meminta saya kongsikan apa yang saya pernah lakukan semasa menjadi Pengetua.
Atas permintaan rakan PGB: meminta saya kongsikan apa yang saya pernah lakukan semasa menjadi Pengetua.
No comments:
Post a Comment