PENGENALAN
1. Aktiviti bimbingan secara kelompok ini telah dirancang dan dilaksanakan mengikut kluster.
2. Setiap kluster terdiri daripada 5 buah sekolah menengah yang latar belakangnya hampir sama dan berada dalam jarak yang berhampiran antara satu dengan yang lain.
3. Bimbingan ini lebih berbentuk kolaboratif dan diharapkan kepakaran /kemahiran yang ada di sekolah tersebut akan dikongsi dalam kluster masing-masing.
4. Pertemuan sebegini juga diharapkan akan membuka ruang untuk program jalinan/jaringan antara sekolah dll peluang yang ada.
LAPORAN AKTIVITI JALINAN / JARINGAN
SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN
AKTIVITI PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) : BENGKEL
RPH
1. TARIKH
1.1 FASA 1 : 18 JANUARI 2018 (Khamis)
1.2 FASA 2: 23 JANUARI 2018 (Selasa)
2. MASA
FASA 1 DAN 2 : 2.30 – 5.00 PETANG
3. TEMPAT:
Fasa 1
Kluster A : SMK Dato Shahardin
Kluster B : SMK Seri Ampangan
Kluster C : SMK Seremban 3
Kluster D : SMK Mambau
Fasa 2
Kluster A : SMK Dato Klana Putra
Kluster B : SMK Panchor
Kluster C : SMK Methodist ACS
Kluster D : SMK Seremban Jaya
4. PENYERTAAN : rujuk lampiran kehadiran.
5.
TAJUK
: Bengkel Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
6. OBJEKTIF
6.1 Memantapkan
penskoran Standard 4.1.1 dalam kalangan pencerap.
6.2 Merapatkan
jurang penskoran antara pencerap-pencerap di sekolah dan antara pencerap
sekolah dengan JNJK/pemantau luar.
6.3 Mengenalpasti
tahap tindakan dan tahap kualiti yang perlu ada dalam RPH berkesan.
6.4 Menghasilkan
dan mengumpul koleksi RPH berkesan untuk kegunaan sendiri serta dikongsi dengan
sekolah lain.
6.5 Meningkatkan
skor Standard 4.1.1 guru dalam pencerapan PdPc
7. STRATEGI
7.1
Menjalankan pemantauan/bimbingan secara holistik dan sistematik
7.2
Bimbingan proses coaching dan mentoring merentas sekolah kepada pemimpin
pertengahan.
7.3
Memantapkan budaya pelaksanaan PLC dalam panitia dan antara sekolah- sekolah dalam kluster yang sama.
7.4
Menyemarakkan suasana bekerja secara kolaboratif dalam kluster
7.5
Membina hubungan baik, jaringan/jalinan antara sekolah dalam kluster yang sama.
8.
AKTIVITI
JARINGAN/JALINAN
BIL
|
KETERANGAN
|
8.1
|
Fasa
1 :Pengisian dan taklimat tentang kurikulum dan ciri RPH berkesan berpandukan
tahap tindakan dan tahap kualiti Standard 4.1.1 SKPMg2
|
8.2
|
Perbengkelan
peringkat sekolah dan berkongsi contoh-contoh RPH untuk digunakan dalam
bengkel Fasa 2.
|
8.3
|
Fasa
2 :Perbengkelan membuat penskoran menggunakan intrumen Standard 4.1.1 SKPMg2
untuk RPH terpilih. Pembentangan,
perbincangan dan bertukar pendapat berkaitan justifikasi skor yang diberi
|
8.4
|
Taklimat
tentang kurikulum dan ciri RPH berkesan berpandukan tahap tindakan dan tahap
kualiti Standard 4.1.1 SKPMg2 dijalankan oleh pemimpin pertengahan di sekolah masing-masing.
|
8.5
|
Perbengkelan
pembinaan RPH dalam panitia / bidang di sekolah masing-masing dan menghantar
sekurang-kurangnya 2 RPH terbaik untuk dijadikan koleksi daerah.
|
8.6
|
Koleksi
RPH berkesan dikongsikan untuk dimanfaatkan bersama oleh sekolah-sekolah
menengah Daerah Seremban.
|
9. KESIMPULAN
u Melalui pendekatan
ini, kepimpinan pertengahan secara kolaboratif berusaha memahami kriteria
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid dan
boleh membimbing guru di sekolah masing-masing.
u Aktiviti yang melibatkan perjumpaan dan
perbincangan kumpulan mampu memupuk percambahan ilmu, perkembangan idea serta
kreativiti individu dalam proses memahami kriteria RPH berkesan.
u Amalan
kolaboratif ini memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan
meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi
guru.
u Keberkesanan
bengkel bergantung kepada
penglibatan guru secara sepenuhnya, RPH yang berkesan boleh dihasilkan, dibuat
koleksi diperingkat sekolah dan dikongsikan dengan sekolah-sekolah lain di
daerah Seremban.
u Pemantapan
komuniti pembelajaran profesional (PLC) dalam kalangan pendidik dilihat sebagai
usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru. Hal ini selaras dengan trend
dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju.
LAPORAN AKTIVITI JALINAN / JARINGAN
SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN
AKTIVITI PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) : LEARNING WALKS
1. TARIKH
1.1 FASA 1: 22 FEBRUARI 2018 (Khamis)
1.2 FASA 2: 26 FEBRUARI – 1 MAC 2018
(Isnin – Khamis)
2. MASA
2.1 FASA 1: 2.30 – 5.00 PETANG
2.2 FASA 2: 8.00 PAGI – 3.00 PETANG
3. TEMPAT:
3.1 FASA 1 :
Kluster A dan B : SMK Panchor
Kluster C dan D : SMK Mambau
3.2 FASA 2
Kluster A : SMK Mantin
Kluster B : SMK Senawang 3
Kluster C : SMK Senawang
Kluster D : SMK Dato Shamsudin Nain
4. PENYERTAAN : rujuk lampiran kehadiran.
5.
TAJUK
: Bengkel Pengoperasian PdP guru: Learning walks
6. OBJEKTIF
6.1
Memantapkan
peranan pemimpin pertengahan di sekolah dalam merancang, melaksana dan menilai
keberkesanan Learning walks.
6.2
Memantapkan
peranan pemimpin pertengahan sebagai mentor dan coach PdPc kepada guru-guru di
sekolah sendiri dan guru dari sekolah
kluster yang sama.
6.3
Membudayakan
kerja secara kolaboratif
6.4
Merapatkan
jurang penskoran Standard 4 dalam kalangan pencerap di sekolah kluster yang
sama.
6.5
Merapatkan
jurang skor Standard 4 antara pencerap di sekolah dan dengan JNJK atau pemantau
dari luar.
6.6
Meningkatkan
kualiti PdPc guru
7. STRATEGI
7.1
Menjalankan pemantauan/bimbingan secara holistik dan sistematik.
7.2
Bimbingan coaching dan mentoring dari pemimpin pertengahan melibatkan aktiviti
merentas sekolah.
7.3
Memantapkan budaya pelaksanaan PLC dalam panitia di sekolah dan antara
sekolah- sekolah dalam kluster yang
sama.
7.4
Menyemarakkan suasana bekerja secara kolaboratif dalam kluster
7.5
Membina hubungan baik, jaringan/jalinan
antara sekolah dalam kluster yang sama.
8.
AKTIVITI
JARINGAN/JALINAN
BIL
|
KETERANGAN
|
8.1
|
Perbincangan
dan persetujuan bersama antara 5 buah sekolah dicapai berkaitan kaedah
pelaksanaan Learning walks
|
8.2
|
Pada
hari pelaksanaan Learning walks setiap sekolah menghantar 2 orang peserta ke
lokasi aktiviti yang dipilih.
|
8.3
|
Taklimat
ringkas dikendalikan oleh urusetia dan sekolah tuan rumah berkaitan
perjalanan aktiviti.
|
8.4
|
Semua
peserta dari sekolah yang berbeza membuat pemerhatian PdPc guru secara
berkumpulan ke bilik darjah yang dijadualkan.
( PdPc guru adalah mengikut kualiti RPH yang telah dibengkelkan
sebelum ini.)
|
8.5
|
Perbincangan
dan bertukar pandangan tentang aspek-aspek yang diperhatikan
|
8.6
|
Perbincangan
dan bertukar pandangan dalam penentuan skor setiap aspek yang diperhatikan
|
8.7
|
Membuat
kesimpulan secara kumpulan berkaitan kekuatan, kekurangan dan kaedah
penambahbaikan dalam PdPc guru
|
8.8
|
Membuat
kesimpulan secara kumpulan berkaitan kekuatan, kekurangan dan kaedah
penambahbaikan dalam perancangan dan pelaksanaan Learning walks.
|
9. KESIMPULAN
PLC adalah aktiviti yang memberi fokus
kepada keberkesanan murid belajar, aktiviti kolaboratif dan pencapaian
murid. Budaya PLC masih belum mantap di
sekolah-sekolah, maka aktiviti mengadakan PLC dalam kelompok sekolah tertentu
seperti yang dirancang diharapkan menjadi pemangkin kepada budaya kerja
berpasukan ini.
Jaringan/jalinan yang dibina diharapkan dapat membuka ruang dan peluang
kepada pemimpin pertengahan sekolah-sekolah dalam kluster ini melihat dan
berkongsi amalan terbaik yang berlaku di sekolah masing-masing. Ini meransang hubungan baik dan semangat
kerjasama disamping memungkinkan perkongsian kepakaran berlaku antara sekolah.
Dapatan Kajian
§
Rosenholtz (1989) - membuat kajian di 78 buah sekolah dan
mendapati bahawa peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
kolektif dan bukan secara individu.
§
Little & McLaughlin (1993) - melaporkan bahawa
sekolah dan panitia yang paling berkesan ialah sekolah yang melaksanakan
komuniti pembelajaran yang mantap.
§
Diharapkan impak program ini akan lebih
besar jika aktiviti ini dilaksana dan dihayati sehingga ke peringkat akar umbi
iaitu oleh guru-guru di sekolah.
No comments:
Post a Comment