Tuesday, May 22, 2018

PENGENALAN


PENGENALAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Assalammualaikum wth dan Selamat Sejahtera.

Saya akan bersara wajib pada tahun 2019.   Hasrat saya ingin mengabadikan beberapa bahan di dalam blog ini untuk dijadikan rujukan .  Sekiranya bahan ini berguna kepada sesiapa sahaja silalah manfaatkan.

Apa yang dikongsikan di sini lebih kepada nota dan contoh-contoh bahan yang saya gunakan dalam bimbingan saya sepanjang saya bertugas sebagai pegawai SIPartner+ semenjak tahun 2014.   Bahan-bahan ini lebih kepada koleksi peribadi hasil perbincangan dan pemurnian dengan kawan-kawan dan tidak mewakili organisasi tempat saya bertugas. 

Bahagian yang saya namakan ARKIB adalah antara bahan /nota yang pernah saya gunakan pada tahun awal menjadi SIPartner+ dan semasa saya menjadi Pengetua di SMK Pertang, Jelebu, NS serta SMK Dato Abdul Samad, Kuala Pilah, NS. Mungkin ada catatan di dalam Arkib tersebut sudah kurang sesuai jika tidak diedit dan dibuat penambahbaikan.  Nota saya  yang lain banyak berkaitan dengan SKPMg2 dan pengurusannya. Sekiranya suatu hari nanti instrumen SKPMg2 itu tidak lagi releven maka bahan itu turut akan dimasukkan ke dalam koleksi arkib.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana adinda Nor Aisah bt Jamil, SISC+ PPD Seremban kerana memberi sokongan dan bimbingan sehingga terbina blog ini.  Terima kasih juga kepada rakan lain yang memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung.

Segala kebaikan itu datang dari Allah dan kelemahan itu dari kekurangan diri saya sendiri.
Sekian. Terima kasih.

Normala Abu Bakar.

1 comment: