TAJUK: DOKUMEN TUGAS HARIAN PGB DALAM MENENTUKAN PELAKSANAAN TAHAP TINDAKAN DAN TAHAP KUALITI
DALAM STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) – Standard 1
dan 2
NAMA PENULIS
NORMALA BINTI ABU BAKAR
JAWATAN
PEGAWAI SIPARTNER+
PPD SEREMBAN
ABSTRAK
Apabila
penataran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) dijalankan
diperhatikan kerisauan Pengetua dan Guru Besar (PGB) amat tinggi untuk membuat
penyataan dan menyediakan eviden bagi setiap tindakan untuk mencapai standard
(TuMS) dalam SKPMg2 tersebut. PGB seharusnya memahami eviden tersebut
sebenarnya berada dalam persekitaran kerja buat mereka seharian. Walaubagaimana
pun setiap tindakan itu hendaklah didokumenkan dalam pelbagai kaedah yang
sesuai dan tidak rigid. Dengan melihat permasalahan inilah maka dokumen Tugas
Harian PGB sedia ada di dalam Fail Meja Pengetua diubahsuai dan dibuat inovasi
selaras dengan TuMS dalam standard 1 dan 2 SKPMg2. Tugas harian yang dilakukan
oleh PGB pada hari tersebut hanya perlu ditanda ( √ ) dalam dokumen mengikut
kesesuaian dengan TuMS. Ini sudah membolehkan catatan itu dijadikan eviden
tahap tindakan. PGB boleh juga membuat catatan dokumen rujukan lanjut pada
ruang yang disediakan untuk melihat tahap kualiti tindakan tersebut. Dokumen ini bukan sahaja boleh digunakan oleh
PGB untuk menilai kembali peranan mereka sebagai peneraju, pembimbing dan
pendorong serta pengurus organisasi tetapi boleh juga digunakan oleh pasukan
pelaksana standard (PPS) SKPMg2 untuk menentukan skor dan menjadi panduan dalam
penulisan eviden TuMS standard 1 dan 2.
Kata
kunci: SKPMg2 : Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2, PGB: Pengetua
dan Guru Besar, TuMS: Tindakan untuk mencapai standard, PPS: Pasukan pelaksana
standard
1.0
PENGENALAN
Sekolah
merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan (Rahimah Haji
Ahmad, 2005). Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan dan bertanggungjawab untuk
memastikan sekolahnya berada di landasan yang betul untuk mencapai tahap
kecemerlangan yang tinggi dan menjadi sebuah sekolah berkesan. Kejayaan
sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah
itu (Hussein Mahmood, 2005; Mortimore, 1997). SKPMg2 yang dikeluarkan oleh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi
menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang
kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal
ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid. PGB sebagai
peneraju, pembimbing dan pendorong merupakan pemimpin berimpak tinggi yang
berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk
memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti PdP. Oleh itu instrumen SKPMg2 ini digunakan oleh
sekolah untuk Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) dan untuk Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) pula instrumen ini boleh digunakan dalam melaksanakan pemantauan,
penyeliaan dan bimbingan. Antara
kandungan instrumen SKPMg2 tersebut ialah Standard Kualiti yang menggariskan
peranan PGB dan TuMS mengandungi tahap tindakan dan tahap kualiti untuk
mengukur keberkesanan peranan PGB tersebut.
2.0
LATAR BELAKANG PENULISAN
Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji menghasilkan satu
inovasi dan penambahbaikan terhadap kaedah PGB menjalankan tugas harian
mengikut tindakan untuk mencapai standard kualiti. Penghasilan dokumen ini
adalah untuk dijadikan garis panduan tugas
harian PGB dalam menentukan pelaksanaan tahap tindakan dan tahap kualti SKPMg2-Standard
1 dan 2 selaras dengan TuMS SKPMg2. Dengan ini, pengkaji akan cuba menjawab
satu persoalan kajian; Adakah penggunaan dokumen tugas harian PGB dapat dijadikan
panduan dalam menentukan tahap tindakan
dan tahap kualiti SKPMg2-Standard 1 dan 2 ?
3.0 AMALAN TERBAIK
Dokumen senarai tugas harian PGB adalah merupakan panduan
menentukan tahap tindakan dan tahap kualiti SKPMg2-Standard 1 dan 2 yang perlu
ada dalam fail meja PGB. Tugas
disenaraikan mengikut TuMS SKPMg2 dalam standard 1 dan 2 sesuai dengan peranan
PGB sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong serta pengurus organisasi.
Memandangkan tugas harian PGB yang rencam dan skopnya
yang luas adalah wajar PGB mencatat setiap tindakan yang dilakukannya setiap
hari. Ini boleh dijadikan semakan dan
rujukan oleh PGB itu sendiri untuk melihat sejauh mana beliau dapat memainkan
peranan yang sewajarnya. Selain daripada
menanda dan menilai tahap tindakan, PGB juga dapat membuat catatan dan semakan terhadap
tahap kualiti bagi setiap tindakannya
Instrumen ini amat mudah digunakan kerana PGB hanya perlu
menanda ( √ ). Pada ruang yang
disediakan apabila tindakan mereka pada hari itu selaras dengan mana-mana TuMS
yang disenaraikan. PGB juga boleh membuat catatan eviden lain yang
berkaitan pada ruang yang disediakan untuk tujuan rujukan lanjut tahap kualiti
kepada tindakan yang dilakukannya.
Selain daripada itu PGB juga boleh menggunakan instrumen
ini untuk membuat semakan peranan yang
kurang beliau beri perhatian dengan menganalisis TuMS yang tidak atau kurang
ditanda. Tindakan pembetulan boleh
segera dilakukan oleh PGB berkenaan dan secara tidak lansung tugas mereka lebih
terarah dan berfokus.
Apabila PPS ingin membuat penilaian dan memberi skor
SKPMg2 standard 1 dan 2, mereka boleh menggunakan dokumen ini untuk menilai
tahap tindakan serta dokumen lain yang ada dalam ruang catatan PGB boleh
dirujuk untuk menilai tahap kualitinya.
Malahan dokumen tugas harian ini juga boleh dijadikan sebagai eviden. PPS akan lebih mudah membuat rujukan dan
menulis eviden yang sesuai bagi setiap TuMS dalam borang edaran PPSnya sebelum
semua ini dipindahkan ke dalam portal nkra.
Oleh kerana dokumen ini dikongsikan dengan PGB dalam
bentuk soft copy mereka masih boleh
mengubahsuai dokumen mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing.
4.0
OUTPUT/OUTCOME/IMPAK
4.1 Tugas harian PGB dapat direkodkan dengan cara yang mudah,
ringkas tetapi bermakna dan ada nilai tambah.
4.2 Tanda ( √ ) dalam dokumen tugas harian PGB boleh dijadikan
eviden tahap tindakan untuk TuMS Standard 1 dan 2 SKPMg2.
4.3 Catatan dalam dokumen tugas harian PGB boleh dijadikan
eviden tahap tindakan dan tahap kualiti untuk TuMS Standard 1 dan 2 SKPMg2
4.4 Dokumen tugas harian PGB membantu mereka menjalan tugas
harian yang berpandu, menjurus dan berfokus.
4.5 PGB boleh membuat analisis dan mengenalpasti aspek yang
kurang diberi fokus, oleh itu tindakan pembetulan serta penambahbaikan boleh
terus dilakukan sepanjang tahun.
4.6 Dokumen ini dapat dijadikan rujukan oleh PPS dalam
menentukan skor tahap tindakan dan tahap kualiti TuMS Standard 1dan 2.
4.7 PPS juga dapat menulis eviden yang sesuai dengan TuMS
berkenaan dengan cara merujuk kepada cacatan yang dibuat oleh PGB.
4.8 Apabila merujuk kepada dokumen ini Guru Penolong Kanan
dan guru-guru lain dalam PPS akan mendapat mendedahan terhadap tahap tindakan
dan tahap kualiti seorang PGB. Secara tidak langsung mereka mendapat maklumat
dan pengalaman.
Maklum
balas 1: Penggunaan borang senarai tugas harian PGB
Nama
sekolah : SJKC Sin Min Kuala Sawah
Nama
: Yee Chiew Foong
Jawatan
: Guru besar
1. Senarai
tugasan ini dapat memberi satu gambaran
yang lebih jelas tentang tugas saya sebagai seorang pemimpin sekolah
2. Dokumen
ini dapat membantu saya menyediakan eviden STD 1 dan STD 2 yang perlu
diisi dalam SKPMg2 dan ini telah
memudahkan kerja dalam pelaksanaan pengisian skor SKPMg2
3. PGB
boleh membuat refleksi dalam pengurusan sekolah dan analisis dalam
mengenalpasti masalah yang dihadapi dan kurang diberi focus . Dengan itu, PGB
boleh membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.
4. Dokumen
boleh dijadikan rujukan kepda PPS dalam pengisian skor tahap tindakan dan tahap
kualiti TuMs STD 1 dan STD2.
5. Kandungan
dokumen adalah lengkap tetapi tetapi kolum untuk catatan tarikh dan eviden tidak mencukupi dan tidak banyak membantu.
Maklum
balas 2 Penggunaan borang senarai tugas harian PGB
Nama
sekolah : SK Dato Raja Melana
Nama
: Sarina binti Yahya
Jawatan
: Guru besar
Dokumen yang diperkenalkan sangat membantu memudahkan
kami mengenalpasti apa lagi perkara yang perlu kami laknasakan dari jam 7.30
pagi hingga 4.30 petang. Ini menjadi panduan tentang tanggungjawab harian PGB.
5.0
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
5.1 Membuat taklimat khusus tentang kaedah dan kegunaan
dokumen ini dalam kalangan PGB sekolah berprestasi rendah dalam bimbingan .
5.2 Meyakinkan PGB bahawa dokumen ini mesra pengguna dan
sangat berguna sebagai catatan harian yang boleh dijadikan rujukan atau eviden.
5.3 Memperluaskan penggunaan dokumen ini dalam kalangan PGB
yang dibimbing oleh rakan SIPartner+ lain dari PPD yang sama serta PGB daerah
lain dalam Negeri Sembilan.
5.4 Mengubah catatan harian kepada catatan mingguan atau
bulanan untuk mengurangkan penggunaan kertas.
5.5 Membantu PGB membuat analisis tugas dan membimbing mereka
dalam membuat intervensi berpandukan dokumen yang telah diisi.
6.0
KESIMPULAN/PENUTUP
Sudah
sampai masanya PGB mengubah cara bekerja daripada Business As Usual (BAU) kepada cara bekerja yang berimpak tinggi.
Memetik ucapan YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid. Menteri Pendidikan Malaysia dalam Teks
Perutusan Hari Guru Tahun 2017 beliau berkata, Bagi memastikan sasaran
Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini dapat
direalisasikan, kita semua perlu menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi,
meningkatkan keberhasilan dan akauntabiliti serta menambah baik kaedah
pengurusan sekolah, daerah, negeri dan bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
SKPMg2 perlu
dibudayakan dalam kepimpinan dan pengurusan pengoperasian organisasi oleh PGB
serta turut dihayati oleh seluruh warga sekolah. Warga sekolah seharusnya
menjadikan SKPMg2 sebagai milik bersama serta dijadikan rujukan dalam
menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk memajukan sekolah.. Malahan dokumen SKPMg2 ini perlu turut
difahami oleh semua pegawai Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah, School Improvement Partner Plus
(SIPartner+) dan School Improvement
Specialist Coach Plus (SISC+)
dalam melaksanakan tugas pemantauan, penyeliaan dan bimbingan di sekolah.
SKPMg2
adalah garis panduan kepada semua proses yang beroperasi di sekolah. Kefahaman warga sekolah terhadap tahap
tindakan dan yang penting tahap kualiti adalah sangat penting dan mendesak
seandainya kita mahu hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menjadi kenyataan. Menurut Dato Haji
Rozi bin Puteh Ismail, Ketua Nazir Sekolah dalam Prakata Dokumen SKPMg2 (versi
pelancaran), SKPMg2 diterbitkan sebagai satu panduan pengurusan pengurusan
penyampaian pendidikan di sekolah.
Format dan kandungannya digubal lengkap dengan susunan tindakan dan
kualiti mematuhi prosedur dan ketetapan dasar dan peraturan KPM yang
terkini. Ini merupakan satu panduan yang
akan membantu sekolah melaksanakan tugas merancang, melaksana, menyemak,
memantau dan membuat penambahbaikan kepada kaedah dan langkah-langkah
pengoperasian sekolah sepanjang tahun. Proses penambahbaikan yang berterusan
akan meningkatkan kualiti kepemimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum,
kokurikulum dan Hal Ehwal Murid secara lebih berkesan seterusnya memberi impak
kepada kemenjadian murid.
7.0
RUJUKAN
Hussein Mahmood. (2005).
Kepimpinan profesionalisme: Satu utopia? Pemimpin, 5, 39-51.
Rahimah Haji Ahmad.
(2005). Kepengetuaan dan kepemimpinan sekolah: Pembangunan dan
penambahbaikan pengajaran. Jurnal Pemimpin,
5,1-10
Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti, JNJK, KPM. (2017). Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia Gelombang 2. Pro Dinasti Sdn Bhd
Contoh Dokumen.
SENARAI TUGAS HARIAN PGB
NAMA
|
|||
JAWATAN
|
|||
TARIKH
|
|||
ASPEK
|
TUGAS HARI INI
|
TANDA √
|
CATATAN (Eviden)
|
STANDARD 1 : KEPEMIMPINAN
|
|||
1.1
|
PGB SEBAGAI PENERAJU
|
||
1.1.1
|
Menetapkan hala tuju (analisis SWOT, KPI,
dokumenkan, sebarluas)
|
||
1.1.2
|
Mengetuai penyediaan Perancangan Pemajuan
Sekolah(beri garis panduan, rangka strategi, pantau dan siapkan)
|
||
1.1.3
|
Mengetuai Pemantauan Operasi (Memantau,
buat rumusan, tindak susul)
|
||
1.1.4
|
Menerajui aktiviti instruksional dalam
PdPc(laksana, sedia RPH, laksana pentaksiran dan semak kerja murid)
|
||
1.1.5
|
Menerajui aktiviti instruksional dalam
melaksanakan pencerapan(laksana, beri maklumbalas dan tindak susul)
|
||
1.1.6
|
Menerajui aktiviti instruksional dalam
memantau kemajuan murid(Analisis, sedia rumusan dan tindaksusul)
|
||
1.1.7
|
Menangani masalah pengoperasian
sekolah(kenalpasti isu, ambil tindakan, selesaikan dan pencegahan)
|
||
1.2
|
PGB
SEBAGAI PEMBIMBING
|
||
1.2.1
|
Membimbing guru dan AKP(Taklimat, tunjuk
ajar dan maklumbalas prestasi kerja)
|
||
1.2.2
|
Membimbing barisan pemimpin (Beri panduan,
maklumbalas prestasi & beri pendedahan kerja)
|
||
1.3
|
PGB
SEBAGAI PENDORONG
|
||
1.3.1
|
PGB menjadi suri teladan(Tugas
berkualiti, penampilan, pakar rujuk dan komunikasi)
|
||
1.3.2
|
Menggalakkan warga sekolah memberi
input(Sedia saluran, dengar & terima pandangan, tindakan)
|
||
1.3.3
|
Menggerakkan warga sekolah laksana tugas
(Maklumbalas, penghargaan, sedia keperluan & keterlibatan)
|
||
STANDARD
2 : PENGURUSAN ORGANISASI
|
|||
2.1
|
PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA
|
||
2.1.1
|
Sumber manusia di urus(agih, perincikan tugas,
sebarluas & nilai prestasi)
|
||
2.1.2
|
Pembangunan sumber manusia (CPD :rancang,
laksana dan nilai, tindak susul)
|
||
2.2
|
PENGURUSAN
ASET
|
||
2.2.1
|
Mengurus aset alih/tak alih(Sedia, guna,
selenggara, periksa & bertindak, merekod)
|
||
2.3
|
PENGURUSAN
KEWANGAN
|
||
2.3.1
|
Mengurus kewangan(Anggaran perbelanjaan,
laksana perbelanjaan, pantau dan tindak susul)
|
||
2.4
|
MENGURUS
SUMBER PENDIDIKAN
|
||
2.4.1
|
Mengurus sumber pendidikan(sedia, simpan,
guna dan penyeliaan)
|
||
2.5
|
IKLIM
|
||
2.5.1
|
Menyelenggara persekitaran fizikal
(bersih, ceria, memulihkan dan wujudkan
ciri keselamatan)
|
||
2.5.2
|
Wujud suasana selesa dan
harmoni(Kuatkuasa ketetapan, rancang&laksana program keakraban)
|
||
2.6
|
PENGURUSAN
PERPADUAN
|
||
2.6.1
|
Menguruskan pemahaman dan penerimaan kepelbagaian
masyarakat (Sebar, rancang & laksana program)
|
||
2.7
|
PEMUAFAKATAN
STRATEGIK
|
||
2.7.1
|
Mengusahakan pemuafakatan
strategik(rancang & laksana program, dapatkan sumbangan dan rangkaian)
|
||
3.0
|
TUGAS-TUGAS
LAIN
|
No comments:
Post a Comment